Wednesday, September 30, 2009

Conversations on Islam:Istiqamah, Ilmu,Suul Khatimah, Husnul Khatimah

Instigator-in-chief:Dr Nik Isahak [DNI]
Ustaz Dr Abdullah Yasin,pendakwah bebas [UDAY]

--------------------------
DNI:
Yang Berbahagia Ustaz,Kita baru saja meninggalkan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan, bulan Ramadhan, sekarang dah masuk bulan Syawwal.Mesjid dan surau sudah kembali sunyi.We are back to 'business as usual'.Boleh Ustaz huraikan aspect keislaman kita dari segi 'consistency' versus 'volume',ilmu sebagai penjana atau 'turbo-booster' kepada iman dan amalan kita, keadaan iman dan amal kita yang bernama manusia yang sentiasa berada didalam 'a state of active flux', kadang2 'pasang' kadang2 'surut'.

UDAY:
Assalamualaikum,Ramadhan al-Mubarak baru saja kita tinggalkan. Kebanyakan umat Islam telah menunjukkan kesungguhan mereka beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah pada bulan tersebut melebihi dari bulan-bulan biasa. Semoga Allah menerima segala amal soleh kita dan termasuk ke dalam golongan yang mendapat Lailatul Qadr. Itulah ucapan yang sangat digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. sempena Eidul Fitriy : Taqabbalallahu Minna Wa Minkum ( Semoga Allah Menerima Amalan Kami dan Juga Amalan Kamu ).

Hanya saja yang perlu dipertanyakan disini, sampai dimana kesan latihan demi latihan dalam Ramadhan tersebut ? Apakah begitu berakhir Ramadhan maka berakhir pula kerajinan dan kesungguhan kita beribadat kepada Allah ? Apakah kebiasaan solat berjamaah di masjid / surau, berpuasa, membaca Al-Quran, solat malam, bersedekah, dan lain-lain akab berakhir begitu masuk Syawwal ? Apakah kita berkeyakinan bahawa Allah hanya melihat ibadat dalam bulan Ramadhan sahaja ?

Syawwal menurut bahasa bermakna peningkatan (up grade). Nama bulan ini mengiringi bulan Ramadhan sangat tepat sebab setelah latihan demi latihan dengan program yang begitu padat selama sebulan memang sangat diharapkan diri kita akan meningkat pada bulan Syawwal.. Kita secara relatief akan menjadi insan yang lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya. Tetapi sayangnya, mengapa justeru masuk Syawwal segala aktiviti ibadat dan akhlak kita menjadi merosot dan merudum ? Mengapa selama Ramadhan hawa nafsu dapat dikekang dan ditahan tetapi begitu masuk saja Syawal kita terlibat lagi dengan amalan-amalan yang tidak sehat dan maksiat ?
Walaupun Syawwal bermakna peningkatan, itu tidak bermakna kita mesti melakukan amal soleh dalam jumlah (kwantiti) yang lebih banyak berbanding bulan Ramadhan. Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berterusan (berkekalan) walaupun amalan berkenaan dilakukan sedikit-sedikit. Kita tidak dituntut melakukan puasa dalam bulan-bulan berikutnya lebih banyak daripada jumlah hari-hari Ramadhan, apalagi pada 1hb Syawwal Hari Raya Eidul Fitriy haram hukumnya kita berpuasa. Demikian juga membaca Al-Quran dan solat malam. Kita tidak dituntut mesti melakukan amalan-amalan terpuji dalam jumlah yang banyak. Yang peting budaya itu perlu diteruskan. Amalan yang bertetusan (konsisten) inilah yang paling dituntut.

Rasulullah s.a.w. bersabda : Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berkekalan (berterusan) walaupun amalan itu dilakukan sedikit-sedikit. ( Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim daripada Saidatina Aisyah ra )

Oleh itu, saya mengajak seluruh umat Islam marilah kita makmurkan masjid / surau di karyah kita masing-masing, lakukan solat malam walaupun hanya beberapa rakaat tetapi setiap malam, lakukanlah puasa sunat walaupun hanya beberapa hari dalam sebulanj, bacalah Al-Quran walaupun hanya beberapa ayat dalam sehari. Demikianlah terhadap amalan-amalan soleh lainnya.

Kematian boleh mendatangi kita bila-bila masa. Dengan sikap istiqamah (konsiten dalam beramal) mudah-mudahan kita mati dalam keadaan yang baik atau Husnul Khatimah yakni mati dalam iman dan beramal soleh. Ingat ! Keadaan manusia setelah mati, akan bahagia ataupun menderita, sama ada di alam barzakh (alam kubur) atau di alam Akhirat, sangat-sangat ditentukan oleh keadaannya ketika nyawanya dicabut.

Rasulullah s.a.w. bersabda : Innamal A'maal Bil Khawaatim ( Sesungguhnya amalan yang paling menentukan adalah amalan yang terakhir) - ( Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari ). Maksudnya : Keadaan manusia di akhirat nanti, bahagia atau menderita, sangat ditentukan oleh amalannya yang terakhir. Jika ia meninggal dunia dalam keadaan baik yakni iman dan amal soleh maka dia akan berbahagia. Tetapi jika sebaliknya, nyawanya dicabut oleh malaikat maut dalam keadaan ia melakukan syirik atau maksiat maka dia akan disiksa. Wal 'Iyadzu Billah.

Jika kita memilih untuk istiqamah (konsisten) dalam beramal soleh setiap hari, maka besar kemungkinan kita akan mendapat Husnul Khatimah yakni mati dalam keadaan baik. Rasul mengajar kita berdoa : Allahummakhtim Lana Bihusnil Khaatimah, Wa Laa Takhtim 'Alainaa Bisuuil Khatimah ( Ya Allah akhirilah hidup kami dalam keadaan yang baik, dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dalam keadaan yang tidak baik.

DNI:
Terima kasih Ustaz.
Perancangan jangka panjang kita pada umumnya menuju kearah penambahan 'Consistency' dan juga 'volume'.'Consistent' dan 'volume' lebih baik tapi ditengah 'contraint'2 dan 'push and pull' factor yang kita hadapi sebagai insan biasa di dunia yang penuh pancaroba ini, for mere mortals like most of us,kalau dapat'consistentcy' pun sudah cukup baik. Ini saya setuju sekali dengan anjuran Ustaz mengikut sunnah nabi.
Insyaallah ketemu kita kembali Ramadhan 2010.
Disisa sisa hidup kita yang tidak menentu ini[ orang sufi berkata kalau hidup itu hanya sekadar 'those numbered breaths', kelamaan hidup itu bukannya lama ] yang harus kita khuatir sekali ialah Suul Khatimah,ie'ending yang tidak baik'.

Scenario yang selalu bermain dikepala saya, dan scenario ini saya selalu tengok entah beribu kali didalam 'kerja' saya, disaat saat kematian saorang insan, dikelilingi beliau olih para anggota keluarga dan sahabat taulan, membaca surah yasin.Yang didalam nazak kelihatan kelu, sejuk....Entah apa 'goes on' didalam jiwa dan emosi insan dimasa yang critical itu? Apa pergolakan dan crisis of 'faith and meaning' yang beliau harungi?...Pada zahirnya saat saat itu hanyalah beberapa saat saja tapi Allah saja yang tahu...[ Imam Ghazali didalam 'Ihya' beliau ada mengupas dengan detail saat saat begini,diterjmah kedalam beautiful English olih T.J Winter, Remembrance of Death, dalam 400+ muka surat....An excellent read for those of us who wants to live a full life here and the Hereafter.]

'Consistency' menjurus kearah Husnul Khatimah....adakah posisi ini benar Ustaz?
Apakah peranan 'ilm' [ dan saya beranggapan ilm didalam konteks yang luas, vis a vis,Ilm Ugama, Sains,biochemistry, cosmology etc etc jika berlandaskan hati yang murni dan 'honest', tidak boleh tidak mesti menjuruskan manusia kearah ketaqwaan yang nyata ] didalam context saat2 kematian sasaorang Muslim?........Ataupun saya perlu rephrase soalan saya begini, sesetangah orang bersenbahyang sunat berpuloh rakaat, berzikir senantiasa tapi dari segi ilmu agak 'cetek' manakala ada sesetangah pula mengejar ilmu , mengajar ilmu[ umpamanya Ustaz sendiri dan para2 akademik ugama dan non ugama], memperluaskan keilmuan, kurang dari segi 'volume', 'zikr nya dan sembahyang sunat nya kerana kesibukan ilmu dan keilmuan dan penyebaran ilmu, pada saat2 kematian, dimana letaknya 'ilmu' vis a vis Husnul Khatimah /Suul Khatimah?

UDAY:
Keadaan manusia di alam akhirat nanti, bahagia atau sebaliknya sangat ditentukan oleh bagaimana kondisi ketika dia mengakhiri kehidupan dunia yang sementara ini. Itulah sebabnya kita sangat mengharapkan Husnul Khatimah (mati dalam keadaan baik). Apalagi rasul bersabda : Sesungguhnya amalanmu (yang paling menentukan nasibmu di akhirat) adalah amalanmu yang terakhir. ( HR Bukhari ).

Jika iman dan amalan kita, kita lakukan secara konsisten maka besar kemungkinan kita matipun dalam iman dan amal soleh. Tetapi jika iman dan amal turun naik grafiknya atau dibuat sesekali maka kita bimbang ketika iman dan amal menurun nyawa kita dicabut izrail, na'uudzubillah. Menurut fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah : Iman boleh naik dan boleh turun. Dengan kata lain : Iman tidak tetap, sesekali kuat dan sesekali lemah, malahan iman boleh dicabut oleh Allah dari seseorang bila-bila masa. Lihat ayar 8 / Ali Imran atau ayat 2 / Al-Anfal atau ayat 13 / Al-Kahfi. Iman yang kita miliki sekarang ini tidak menjamin boleh berterusan hingga kita mati, Itu sebabnya, terdapat umat Islam yang murtad.

Bagaimana cara memelihara iman agar sentiasa konsisten hingga akhir hayat ? Para ulama Islam berpendapat : Ada dua cara untuk memelihara iman, iaitu : (1). Ilmun Nafi'un (Ilmu yang bermanfaat) dan (2) Amalun Solihun ( Amal yang soleh ).

(1) Ilmu Yang Berguna. Ilmu ada dua jenis.

Pertama : Ilmu yang berguna/bermanfaat. Ilmu berguna maksudnya segala ilmu yang boleh menambah kesempurnaan penghambaan (ubudiyah) manusia kepada Allah. Dengan kata lain : Ilmu yang boleh menambah sempurna tujuan hidup manusia. Itu sebabnya, ilmu yang berguna sangat luas, bukan hanya ilmu agama tetapi segala jenis ilmu termasuk ilmu angkasa lepas, ilmu kedokteran seperti ilmu yang Dr. Nik miliki dan lain-lain asalkan ilmu tersebut dapat menambah rasa takut dan kagumnya akan kebesaran Allah. Walaupun tidak dinafikan bahawa ilmu akidah, tafsir Al-Quran, Al-Hadis dan lain-lain tergolong ilmu-ilmu utama untuk mengenal Yang Maha Pencipta

Kedua : Ilmu Yang Tidak Berguna : Ilmu jenis ini memang wujud seperti sihir, ilmu hitam dan lain-lain. Kewujudan ilmu ini berdasarkan doa Nabi s.a.w. agar dihindarkan daripada ilmu yang tidak berguna. Sabdanya : ( Ya Allah, aku mohon perlindungan kepadamu daripada ilmu yang tidak berguna ). Jika Nabi s.a..w. memohon agar dilindungi dari ilmu yang tdk berguna, ini bermakna ilmu yang tidak berguna memang wujud sebab mustahil baginda memohon dilindungi dari sesuatu yang tidak wujud. Seperti kita memohon dilindungi daripada syaitan, Ini bermakna syaitan wujud walaupunkita tdk melihatnya.

(2) Amalan yang soleh. Syarat amal soleh sama dengan syarat amal yang diterima oleh Allah. Syaratnya ada dua :

Pertama : Amalan tersebut mestilah dilakukan dengan niat yang ikhlas kepada Allah tanpa sedikitpun menyengutukan Allah walaupun syirik kecil seperti riyak. Nabi bersabda : ( Sesungguhnya amalan diterima berdasarkan niat yang ikhlas). Syirik pula dapat menghapuskan semua amalan. Lihat ayat 65 / Al-Zumar.

Kedua : Amalan tersebut mestilah mengikuti kaifiyat atau cara yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Nabi bersabda : ( Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat cara aku solat ) ; ( Ambillah daripadaku cara ibadat haji dan umrah kamu ) ; ( Barangsiapa yang melakukan amalan tidak ikut cara kami maka amalannya ditolak ) - ( HR Muslim ). Ubay Bin Ka'ab berkata : ( Amalan yang sedikit mengikuti cara sunnah adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi dicampuri dengan bid'ah ).

Jadi Dr Nik Ishak, memang tidak dinafikan faktor ilmu sangat mustahak untuk kesempurnaan Iman dan Amal. Tanpa ilmu yang berguna, terutama ilmu daripada ucapakan Allah (Al-Quran) dan ucapan Rasulullah s.a.w. ( Sunnahnya) maka iman dan amal tidak akan sempurna. Namun konsistensi atau kesinambungan atau dalam istilah agama ISTIQAMAH sangat memungkinkan seseorang mendapat HUSNUL KHATIMAH.

Semoga kita mendapat HUSNUL KHATIMAH.

DNI:
Insyaallah, begitulah harapnya Ustaz, sebagai mukkadimah kita dialam Barzark, sebagai 'entree' kepada alam yang berkekalan,alam Akhirat.Terima kasih Ustaz. Keilmuan Ustaz sentiasa saya sanjung.




When it is said to them: "Follow what Allah hath revealed" they say: "Nay! We shall follow the ways of our fathers" What! Even though their fathers were void of wisdom and guidance?
The parable of those who reject faith is as if one were to shout like a goat-herd, to things that listen to nothing but calls and cries;
Deaf, Dumb, and Blind. They are void of wisdom.
[ Al Baqarah, 2 : 170-171 ]

When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close to them; I listen to the prayer of all suppliant when he calleth on Me; let them also with a will to listen to My call and believe in Me; that they may walk in the right way.
[ Al Baqarah, 2 : 186 ]

Say: "We believe in Allah and in what has been revealed to Abraham, Ismail, Isaac, Jacob, and the Tribes, And in the Books given to Moses, Jesus, and the Prophets, from their Lord; We make no distinction between one and another among them, and to Allah we bow our will in Islam.[84]
If any one desires a religion other than Islam[Submission to Allah]never will it be accepted of him; and in the Hereafter he will be in the ranks of those who have lost[all spiritual good].[85]
How shall Allah guide those who reject Faith after they have accepted it and bear witness that the Messenger was true and that clear signs had come unto them? But Allah guides not a people unjust.[Surah Al Imran, 3: 86]

O ye who believe, fear Allah as He should be feared, and die not except in a state of Islam.[Surah Al Imran , 3 : 102]





" Life like golf, is not how you start, but how you execute your End Game "

1 comment:

Pearls and Gem said...

Addendem:
In summary,"....die not except in a state of Islam"[3:102]
And since we do not know when that final meeting with Izrail is,'constancy' and not 'sporadic volume' is the secret to a successful meet[husnul khatimah].

"Continuous reeducation" of ourselves will ensure the motivating and energising aspect required to maintain the 'constancy'.We cannot rely on distant,past, knowledge we obtained from religious intruction from our schooldays and the smattering of parental guidance in the past to 'energise' us in our present lives. That is not enough.

Do not be afraid of knowledge,the sciences,the arts or religious in nature....with the right precept 'dia tidak akan menyesatkan'. Read, read read and read...The more you read the more open you are....I have people and friends coming to me and say "Ah! you should not read or follow, Imam Ghazali, he uses too much 'israelite hadiths' to strenghten his arguments and position....That is the position of the fuqaha[orang2 fekah]...they live in a 'high and dry zone': this is how you do your ablution,this is how you pray, there 13 ways you have to remember in this and that....people like Ghazali, Ibnu Arabi, Jilani et al try to take you on a different journey, not the hows and whys...a journey to find pleasure in your prayers, in being zuhud and so on and so forth.You can follow and you do not have to follow, but at the end of the day that extra knowledge is not going to harm you.In fact you can derive pleasure for eg to just listening to the Quran....there are 'maqams and 'maqams' and to ascend on , knowledge is one of the 'keys'

Allahualam