Yang Berbahagia Ustaz Dr Abdullah Yasin, dengan doa agar Ustaz sentiasa diberi kerahmatan Allah dandidalam kandungan sihat walafiat selalu hendaknya.
Ustaz,
Saya ada kemuskilan mengenai Membaca Qur'an. Memang ianya dituntut, lebih2 lagi di bulan yang penuh kerahmatan ini: bulan dimana turunnya Qur'anal karim kepada umat Nabi Muhamad[saw]. Satu mukjizat yang di pandang enteng olih masyarakat masakini, dimana , pada hemat saya, kita keselurohan nya, terutamanya di persekitaran Nusantara Melayu ini, baik Malaysia mahupun Indonesia, lebih mementingkan bacaan dari penghayatan.Dengongan yang enak dan baik dari penghayatan dan praktiknya intisari 2 dan teguran2 dalam Quran. Soalan saya begini:
Bacaan saya tidak 'perfect', bahkan jauh dari tidak 'perfect', bunyi dan 'dengongannya' mirip macam 'mualaf'. Buat beberapa bulan yang lepas saya mengambil pendekatan dengan membaca tafsir penulisan Shaykh Muhamad al Ghazali [ A Thematic Commentary On The Quran ], bagi tiap2 surah yang saya mahu pelajari untuk hari itu, diikuti dengan mendengar bacaan Surah itu dari internet olih Qari Mishari Rashid [ yang begitu mempersonakan hingga 'segan' saya sendiri mahu baca mengikuti beliau], diikuti pula dengan transliteration didalam Ingeris ataau Bahasa Melayu pada tiap2 ayat .
[ http://www.quranexplorer/ ]
Dengan cara ini saya dapat habis satu juz sehari ,insyaallah.
OK Ustaz, apa pandangan Ustaz mengenai cara ini dari segi pahala/dosa nya.
vis a vis : Penghayatan Quran dengan mendengar dan mempelajari maana dan tafsir Vs Hanya membaca tanpa penghayatan.Saya faham mungkin jawapannya mungkin 'obvious' kepada ramai dan pernah juga saya 'terlintas' didalam pembacaan saya yang lepas didalam Quran [ dah lupa ayat dan surahnya ] dianjur supaya mendengar bacaan Quran selain dari membacanya. Juga didalam Sirah Nabi, dimana Nabi kita menyuroh sahabat beliau, Abdullah Mas'ud 'continue to read to him ' the Quran pasal kemerduan suara dan 'tajwid' beliau tepat sekali dari lain2 sahabat.
Namun demikian, ulasan Yang Berbahagia Ustaz di perlukan juga untuk kebaikan bersama kita.
Dr Nik Isahak Wan Abdullah
http://drnikisahak.blogspot.com/
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya mohon maaf sbb lambat menjawab email Dr. Nik kerana bbrp kesibukan dakwah. Ustaz doa semoga dalam bulan yang penuh berkah ini Dr dan klrga sentiasa dlm limpahan rahmat dan berkat dari Allah. Ust juga ucap tahniah kerana Dr peduli dan ambil berat dengan Al-Quran yang agak berbeza dengan kepedulian majoriti umat Islam lain di Asia Tenggara yang hanya fokus kpd bacaan Al-Quran (Tajwid) sahaja tanpa usaha memahami isi kandungannya. Padahal Al-Quran diturunkan Allah untuk dijadikan pedoman dan petunjuk bagi umat manusia. Sila rujuk ayat 185 Al-Baqarah. Lebih-lebih lagi jika ingin jadi orang yang bertaqwa. Sila lihat ayat 2 Al-Baqarah. Manusia yang berpaling dari ajaran Al-Quran akan mendapat siksaan di dunia dan akhirat. Lihat ayat 124 - 126 surah Taaha. Sedang mereka yang mendustakan dan bersikap sombong terhadat ayat-ayat Allah boleh membawa akibat doa dan amalannya tidak diterima oleh Allah dan mustahil masuk syurga seperti mustahilnya unta masuk ke dalam lobang jarum. Sila lihat tafsiran ayat 40 dari surah Al-A'raaf.
Rasulullah s.a.w. bersabda : ( Sebaik-baik manusia siapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang-orang lain. ) - ( Al-Quran kelak akan menjadi penolongmu di akhirat atau sebaliknya akan mendakwa kamu. ) - ( Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran tetapi Al-Quran mengutuknya ). Ini hanya segelintir hadis Nabi saw tentang kelebihan mempelajari Al-Quran dan bahaya mengabaikannya.
Oleh itu Dr. Ahmad Asrar (ulama besar dari Pakistan) dalam bukunya dalam bahasa Urdu yang diterjemahkan dalam bhs Arab yng maknanya : Apakah kewajipan Umat Islam Terhadap Al-Quran ? menyebut ada LIMA kewajipan umat Islam terhadap Al-Quran : 1. Beriman kepada Al-Quran bahawa ia adalah wahyu Allah yang diturunkan kpd Rasul akhir zaman Nabi Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab. 2. Tilawah yakni membacanya dengan baik / betul. 3. Memahami isi kandungannya sebab ia diturunkan bukan hanya utk dibaca tetapi dihayati dan direnung maknanya untuk dijadikan pedoman hidup. 4. Mengamalkannya dalam kehidupan harian. 5. Menyampaikannya kepada orang lain apa yang sudah kita fahami dan amalkan.
Ringkasannya : Jika kita renung LIMA kewajipan di atas ternyata kebanyakan umat Islam Asia Tenggara hanya penuhi DUA saja dari LIMA perkara diatas yakni iman dan tilawah. Maknanya kurang dari separo kewajipannya terhadap Al-Quran. Jika ini terjadi bagaimana kelak akan menjawa pertanyaan dalam kubur : Apakah IMAM kamu ? jika didunia tidak ada usaha utk melengkapi kewajipan yang lima itu. Agar iman sempurna kita perlu ilmu Aqidah, untuk kesempurnaan tilawah kita perlu ilmu Tajwid, agar sempurna kefahaman kita perlu ilmu Tafsir atau Tadabbur Al-Quran ( Lihat Attachmnt ) - Dengan cabang2 ilmu tsb barulah kita boleh amalkan Al-Quran dengan sempurna dan menyampaikannya kepada orang lain dengan lebih tepat.
Syaitan sangat suka jika kita menjauhkan diri dengan ajaran Al-Quran. Oleh itu Allah suruh kita awali setiap memulai membaca Al-Quran dengan Isti'adzah (mohon perlindungan kpd Allah dari gangguan syaitan) Lihat ayat 98 surah Al-Nahl.
Ustaz harapkan tulisan singkat ini berguna untuk Dr Nik dan kawan2. Sikap Dr yang berusaha menekuni Al-Quran dengan menghayati maknanya hendaklah diteruskan. Ini pertanda atau isyarat baik dari Allah agar Dr menjadi orang yang baik-baik. Sabda Nabi saw : Barangsiapa yang Allah berkehendak untuk menjadikannya orang yang bai-baik, nescaya Allah akan dorong dia gemar mendalami selok belok agama. ( HR Bukhari ). Secara tersirat jika malas dan rasa berat mendalami selok belok agama maka itu bermakna sebaliknya. Adapun tentang bacaan Dr yang dirasakan beluk perfect insya Allah dimaafkan oleh Allah asalkan jangan berhenti memperbaikinya dan jangan marah jika ditegor oleh orang lebih arif. Rasul bersabda : Siapa membaca Al-Quran dengan lancar (mahir) maka ia sederjat dengan malaikat Kiramil Bararah, dan siapa yang membaca Al-Quran dengan tesangkak-sangkat (tdk lancar) namun terus berusaha maka dia akan mendapat ganjaran dua kali ganda.
Demikian sedikit sumbangan ustaz. Salam buat keluarga ; Jasa Dr merawat abang ustaz bbrp tahun lalu tidak pernah pudar dalam ingatan. Jazakumullah Khairan Kathira.
Wassalam
Ustaz Dr. Abdullah Yasin
2 comments:
I am just wondering if it is ok if I read the tafsir Dr Hamka without having to read all the surah in Arabic. I find that I cannot read as lancar as I would read those surah yang I memorise when I was little.What do you think Dr Prik?
That was how I started actually...some 20 years ago. I was and am quite illiterate 'Arabically speaking'... you know how we learn the quran those days with the accent on finishing in front of a stern looking Tok Guru with a rotan.
Hamka "opens up" the path for me.One or two ayat a day.With even all the relevant hadith thrown in as a bonus, and Hamka being a man of the world, threw in Islamic political history as well....not a bad education. He was a genius
Better still now if you lack the time I strongly recommend Muhamad al Ghazali's Thematic Commentary.Read it as a background 'data'on any relevant surah that you want to 'attack',go to quranexplorer on one of my 'Link', listen to al Bassit if you like it slow, and flow alongside him.After sometime you will be able to read well as the 'the 'arabic text is shown alongside, followed by the verbal translation in English read to you immediately after each ayat.Just sit back and enjoy.
If you find any interesting ayat which you cnnot comprehend, just 'pause' and recheck its meaning on Tafsir al Katsir also on the 'link' or go back to your copy of Hamka.
Have a pleasurable and wonderful journey and a 'love affair' with Truth my friend!
{ a small hiccough now in the fasting month, the quran explorer website 's traffic is too heavy, thus very slow}
Post a Comment