Assala mualaikum Yang Berbahagia Ustaz,
Sejuk hati saya mendengar Pak Hamka berkuliah mengenai 'HAJI"..... tape yang saya terjumpa ini adalah tape tahun 1977. Hanya secara kebetulan saja.
Satu persoalan Ustaz.....mengenai HAmka...ada yang mempersoalkan hubungan beliau dengan pergerakan tarikat di Indonesia, bahawa Datuk belaiu adalah guru tarekat dan tasauf yang besar di Sumatera. Dari pandangan saya yang 'tidak bersekolah', tarekat dan tasauf dengan ulama' bukan satu permasaalahan, bahkan ianya satu gandingan positif: ,menaikkan taraf saorang ulama yang hanya bertaraf fuqaha kepada yang lebih tinggi....seperti mana yang berlaku kepada Imam al Ghazali.Intipati berugama bukan nya saja tahu 'rules dan regulations' dan mengikuti nya seperti robot tanpa merasai 'gula' dan manisnya berugana yang tepat,namun juga 'hati' dan experiential. Namun demikian komen dan konotasi yang berikutan dengan article yang saya baca itu berunsur negatif sekali. Dari satu aspect ada pula yang mengatakan beliau pelopor Wahabi di Indonesia...pergerakan Muhamadiyah adalah Wahabi, kata mereka.
Bagi saya semua 'label menlabel' ini melemahkan kita sebagai ummah...Kita masakini terlalu cenderung kepada 'label' ,kita macam masih tidak cukup di 'ratah' dan di 'sepak terajang' olih musuh2 kita diluar, mengambil jalan 'self detruct' dengan memusuhi sama sendiri dari dalam!.....sampai ulama besar seperti Hujjatul Islam, Imam Ghazali, saorang yang dianggap mujaddid, pembawa 'renewal', kerana dikatakan ada unsur2 sufi/tarikat, atas dasar ini telah di-persoalkan penulisan terakhir beliau, IHYA . Kepada yang kurang ariff didalam ugama dan ilmu ini agak 'confusing'.
Mereka tidak membaca penulisan2 guru2 besar ini dan terus melabelkan si anu si anu...Wahabi, sufi, salafi,.....dan terus ajaran baik mereka tidak diambil pakai...Yang sedihnya ulama kita sekarang bercakaran sesama sendiri. Apa komen Ustaz.
Berbalik kepada Pak HAMKA, saya sendiri telah baca Tafseer Al Azhar dari tahun 1980 puluhan dan saya dapati beliau 'a very much under rated muffasirin' di Nusantara ini. Yang cantiknya,Tafseer beliau tidak menidakkan ulama lain yang mengutarakan pandangan2 mereka, bahkan pandangan2 mereka yang didahulukan.
................
UDAY [ Ustaz Dr Abdullah Yasin ]:
Assalamualaikum Dr,
Prof HAMKA adalah diantara tokoh Nusantara yang sangat saya kagumi. Selain ceramahnya bagus dan sedap didengar beliau juga banyak menulis buku. Kita ketandusan ulama seperti beliau. Kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat tempat istimewa di sisi Allah. Terhadap ulama besar ini, maka siapalah ustaz nak komen tentang beliau. Namun demikian untuk memenuhi harapan Dr Nik, ustaz akan beri pendangan berikut :
1. Pak Hamka memang dari keturunan orang alim. Kealiman ulama Nusantara masa silam banyak dikaitkan dengan Tarikat dan Tasawuf. Tetapi sangat tidak adil jika seseorang langsung dilebel berdasarkan keturunan atau fahaman nenek moyangnya. Kalau begitu kita boleh pertikaikan kewibawaan para Rasul sebab umumnya orang tua mereka bukanlah orang yang mendapat petunjuk. Sebenarnya tidak adil jika dikatakan semua tarikat dan tasawuf itu sesat. Kalau tarikat diambil dari perkataan " Tariq " yang makna asalnya "jalan" yakni jalan mendekatkan diri kepada Allah - hanya saja kita mestilah pastikan jalan tersebut tidak menyalahi cara atau jalan Rasulullah SAW. Tasawuf pula selalu diartikan "suci" yakni sentiasa mensucikan hati - memang Islam sangat menganjurkan pensucian hati dari segala penyakit hati. Barangkali untuk membersihkan diri beliau dari tohmahan itulah maka Prof Hamka mengarang sebuah buku yang berjudul : " Tasawuf Moden ".
2. Imam Al-Ghazai digelar Bapak Tasawuf malahan Hujjatul Islam. Kita wajib hormat pandangan beliau. Demikiian juga ulama lain termasuk Imam-Imam Mazhab Yang Empat. Namun demikian, kita yang berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak boleh meletakkan mereka setaraf dengan Rasulullah SAW yang Maksum. Bagi ustaz kita boleh bermazhab tetapi dilarang ta'assub atau fanatik mazhab. Umat Islam Nusantara pada umumnya mendakwa bermazhab Syafii tetapi banyak dari mereka tidak terbuka dan berlapang dada bila berhadapan dengan perbezaan pendapat. Imam Syafii berkata : " Jika kamu dapati hadis itu sahih maka itulah mazhab aku ". Beliau berkata lagi : " Pendapat aku adalah benar, tetapi ada kemungkinan salah. Pendapat orang lain adalah salah, tetapi ada kemungkinan benar ". Mengapa mengaku bermazhab Syafii tetapi tidak ambil akhlak Syafii ??????
3. Umat Islam sebenarnya tidak perlu " confusing " jika mereka suka merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Bukankah sudah ada jaminan Rasulullah SAW bahawa seseorang tidak akan sesat selamaya jika dia berpegang teguh kepada dua rujukan utama itu. Sebagai contoh Allah berfirman : Sampaikanlah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku yang suka mendengar dan mengikuti mana yang paling baik. Merekalah yang mendapat Hidayah Allah dan merekalah orang yang berakal. ( Al-Zumar : 17 - 18 ). Kesimpulan : Ada dua syarat untuk mendapat Hidayah Allah : 1. Suka mendengar Ayat-ayat Al-Quran, Hadis nabi SAW, pandangan ulama, ceramah agama dll 2. Ikutilah mana pandangan itu yang paling baik (bukan mesti ikut semua yang didengar tetapi mestilah dilseleksi terlebih dahulu, kemudian ikutilah yang paling kuat dalilnya, bukan berdasarkan siapa yang bercakap).
4. Imam Malik ketika berada disamping kuburan Rasulullah SAW berkata : " Semua pandangan manusia boleh kita ambil dan boleh pula kita tolak, kecuali pandangan manusia ini (sambil beliau menunjuk ke arah kuburan Nabi Muhammad SAW). Budaya ini masih belum begitu subur dikalangan umat Islam Nusantara, walaupun mereka dari kalangan orang yang berpendidikan. Biasanya para cendekiawan dan golongan terpelajar tidak mudah menerima suatu pandangan tanpa bukti yang kokoh. Budaya ini terbukti dari ungkapan mereka yang selalu kita dengar : Show me the proof, man !!!! Mengapa dalam hal-hal keduniaan mereka boleh bersikap demikian, tetapi dalam hal-hal keagamaan khasnya tentang perkara ghaib dan cara ibadat yang betul mereka tidak gunakan perinsip yang sama ? Padahal prihal agamalah justeru memerlukan hujah dan dalil yang pasti dari Allah dan Rasul-Nya.
5. Allah SWT berfirman : " Hai orang-orang yang beriman ! Taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan pemimpi-pemimpin kamu (ulil amri). Jika kamu berselisih pendapat maka rujuklah kepada Allah dan Rasul-Nya. ( Al-Nisaa' : 59 ). Pengajaran ayat : 1. Didepan Rasul diulang sekali lagi taatilah selepas taatilah Allah, tetapi tidak diulangi taatilah di depan Ulil Amri. Ini memberi isyarat mentaati Allah sama dengan derjat metaati Rasulullah, tetapi tidak demikian terhadap Ulil Amri. 2. Ulil Amri terbagi dua : Ulama' dan Umara'. Ini memberi isyarat mentaati ulil mari bersyarat selagi tidak bercanggah dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. 3. Jika umat Islam berbeza pendapat maka Allah menyuruh agar mereka merujuk kepada-Nya yakni Al-Quran dan Rasul-Nya yakni Sunnahnya, dan ulil amri dalam hal ini tidak disebut-sebut.
6. Yang sangat dikesali, perinsip di atas bukan saja diabaikan oleh orang Islam yang awam, malahan juga diabaikan oleh para ulama dan para pendakwah akhir zaman. Sikap mereka terlalu mengagungkan ulama dan tuan guru. Sebaliknya terdapat juga golongan berlawanan yakni tidak hormat langsung kepada para ulama. Para ulama yang banyak jasanya tidak dihargai hanya kerana beberapa pandangannya yang kurang kuat. Kedua-dua golongan ini tidak berlaku adil. Seharusnya : Para ulama wajib dihargai dan diambil pandangannya selagi sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya tapi jangan sampai ke tahap ta'assub. Sebaliknya kebaikan mereka jangan dinafikan samasekali hanya kerana terdapat beberapa kesilapan yang mereka lakukan. Inilah ciri-ciri " Ummatan Wasata " yakni umat yang adil, sederhana dan pertengahan. Allah SWT berfirman : Demikianlah Kami jadikan kamu " ummatan wasata " agar kamu menjadi saksi bagi sekalian umat manusia dan agar Rasul menjadi saksi ke atas kamu. ( Al-Baqarah : 143 ).
7. Bagi ustaz, Prof HAMKA Rahimahullah adalah orang yang jelas akidahnya dan syareatnya. Bukan pembawa ajaran sesat atau songsang. Ingin membuktinya ? Sila baca buku-buku kayra beliau yang sangat banyak mengupas hal-hal agama. Jangan hanya baca buku-buku sasteranya saja. Itulah luahan hati dan pendapat beliau yang asli, bukan sekedear dengar-dengar komen orang. Islam telah menetapkan dosa besar ke atas sesiapa yang berburuk sangka kepada sesama muslim tanpa asas yang kokoh. Allah berfirman : " Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ( Al-Hujuran : 6 ). Para ulama tafsir menamakan surat Al-Hujurat ini dengan nama lain, iaitu :
"Surah Ahklah" kerana semua ayatnya yang terdiri 18 ayat mitu mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral. Ini seolah-olah memberi isyarat : Sungguh tidak berakhak dan rendah budi pekerti orang yang suka melebel muslim lain tanpa diselidi terlebih dahulu. Dan yang sangat menyedihkan lagi, justeru tohmahan itu disebut-sebut di dalam masjid.
.........................
DNI :
Saya terpanggil menghubungi Ustaz kerana masakini terlalu banyak tohmahan tohmahan telah dibuat kepada alim ulama o;ih alim ulama sendiri, atas dasar mereka cenderung ke arah itu dan ini. Tohmahan2 ini , pada hemat saya tidak berasas kerana yang membuatnya pada keseluruhan nya bukan buat diatas dasar ilmu, lebih atas dasar kelumpuk 'imam you lain, imam I lain'.....umpamanya:
....Shaykh Hassan Al Bana, penganjur besar Ikwanul Muslimin sesat kerana dia ada unsur2 sufi, tanpa mengambil kira contribution kepada dunia Islam pada tahun2 bergolak di Mesir dengan Gamal Abdul Nasser dan kuncu2 socialis beliau yang bersekonkong dengan Barat.
....Sayyid Qutb dan Maududi misguided individuals. Yang membuat tuduhan melulu ini mungkin belum pernah baca penulisan penulisan beliau yang membangkitkan semangat Islam sejagat semasa hayat mereka.
....Imam Ghazali, Hujjatul islam, Imam yang muktabar,pemikir Islam yang besar, IHYA beliau tak boleh diterima pasal pakai banyak hadith2 dhaif...Akhir hayat beliau selepas menghadapi 'theological crisis' yang besar dan menghilangkan diri selama 10 tahun di padang pasir Syria, beliau kembali ke Baghdad terlalu diselimuti dengan pemikiran zuhud dan sufi dan penulisan beliau mengilhamkan IHYA Ulumiddin yang menjadi peninggalan beliau yang terbesar dan terakhir. Sufi dan kezuhudan ulama' saolah pada setengah setengah ulama' dari dataran besar Saudi memberi status 'pariah' kepada alim ulama yang muktabar. Label melebal sudah menjadi lumrah alam diantara ulama' ulama' kita masakini.
....Ahli fuqaha besar macam Qardhawi pun tidak kurang di caci kerana pandangan beliau yang mungkin tidak kena dengan golongan2 tertentu
....On the other side of the equation, senang sekali kita melempar label2 ' Wahhabi' kepada sesiapa yang mengajar ugama berlandaskan evidence2 hadith dan Qu'ran. Ustaz pun telah menjadi.
mangsa dari pada keterlanjuran ini. And this is not helped by the fact that ulama'2 dari Saudi atau yang berpendidikan dari sana pun terlalu 'hebat' dengan 'kafir mengkafir' ulama'2 yang berpandangan lain dari mereka sebagai 'heretical'.
Ini belum kita masuk kedalam 'dichotomy' atau perpecahan yang nyata diantara Sunni dengan Syaih lagi. Kalau kita kesana percakaran lebih dari verbal. Berjuta nyawa telah pergi kerana perbalahan Sunni/ Syiah dari kurun ke kurun yang tidak berkesudahan, dan ini tidak nampak akan kendur bahkan besar kemungkinan barlarutan dan diambil kesempatan olih musuh2 Islam.
Wikileaks baru2 ini mengeluarkan rahasia besar 'Custodian of The two Holy Mosques' meminta tentera crusaders memerangi Iran habis habisan.
Inilah dunia Islam pada 2010.
" Sir,what is wrong with the Muslims of that time ? Are they very few in numbers?".....
Kita telah meningkat kepada 1.4 billion insan tetapi telah meletak kebelakang Qur'an dan Sunnah....
" That is why we are just like floatsams being swept by the waves in the ocean!"
Terlalu banyak sangat untuk Ustaz komen agaknya!
Pandangan saya yang kerdil ini ialah: kita tidak boleh lari dari Ilm, Ilm ilm dan ilm
dan selepasnya tidak cukup dengan ilm, harus mengharungi 'alam hidup' dengan hati yang shahdu kepada Nya dan memperartikkan ilmu kita dan sebarkan nya kepada orang lain.
Bernard Lewis,Nicholson,Karen Amstrong, Levin, John Esposito, Anna Marie Schiemel. Nama2 besar dalam keilmuan Islam. Lebih berilmu dari para ilmuan2 kita didalam cabang Islam masing2 tetapi tanpa' hati', yang kuncinya di pegang olih Allah, mereka tidak kemana......
.........................
[ UDAY ]
1. Allah SWT berfirman : Kami berfirman : “Turunlah kamu semua daripadanya (syurga), kemudian jika datang kepada kamu petunjuk-Ku, siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, maka mereka tidak perlu takut dan tidak pula bersedih hati. ( Al-Baqarah / 38 ). Ayat ini sangat mustahak direnung, siapa jahil maksud ayat ini nescaya dia akan menjadi insan yang tidak tahu hala tuju dalam hidup di dunia ini. Tafsir ayat : Maksud semua yang diusir Allah dari syurga ke bumi ialah Iblis, Adam dan Hawa disebabkan oleh kesalahan masing-masing sebagaimana kita sedia maklum. Akhirnya jin keturunan Iblis dan manusia keturunan Adam menjadi penghuni bumi. Matlamat dua jenis makhluk ini dicipta Allah adalah sama iaitu agar mereka beribadat kepada Allah. (Al-Dzariyat 56).
2. Adapun maksud petunjuk yang diturunkan oleh Allah ke bumi itu adalah pengutusan para Rasul dan penurunan Kitabullah dari langit. Demikianlah petunjuk tersebut diturunkan silih berganti sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW. Jadi maksud petunjuk bagi umat akhir zaman ialah mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW dan Kitab Al-Quran. Bagi siapa yang sudah mengikuti petunjuk tersebut yakni Al-Quran dan Al-Sunnah, maka mereka tidak perlu takut dan tidak perlu sedih. Takut beza dengan sedih. Takut menyangkut masa depan kita seperti sakaratul maut, pertanyaan dalam kubur, berhimpun di padang mahsyar, timbang menimbang amalan, meniti siratal mustaqim. Sedih pula di akhirat kerana semasa di dunia tidak mengikuti ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Ini yang dimaksudkan, jika kita umat akhir zaman sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah maka kita akan selamat dari ketakutan dan kesedihan. Malahan dijamin tidak akan sesat untuk selamanya.
3. Umat Nabi Muhammad SAW terbagi dua : Umat Dakwah dan Umat Istijabah. Maksud Umat Dakwah: Seluruh umat manusia yang hidup setelah Nabi Muhammad SAW diutus tetapi mereka enggan memeluk Islam dan kekal dengan agama mereka masing-masing. Mereka menjadi target dakwah Nabi Muhammad SAW. Sedangkan Umat Istijabah pula : Umat Nabi Muhammad SAW yang memeluk agama Islam. Umat Istijabah ini pula terbagi kepada 73 puak. Semuanya masuk neraka kecuali satu, iaitu : Mereka yang mengikuti Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya. Golongan ini dipanggil juga dengan Al-Firqatun Najiyah (Golongan Yang Selamat Dari Neraka) atau nama lainnya yang lebih popular dengan panggilan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
4. Allah SWT berfirman : Demikianlah Kami menjadikan kamu “Ummatan Wasata” agar kamu menjadi saksi bagi seluruh manusia dan agar Rasul menjadi saksi ke atas kamu. ( Al-Baqarah / 143 ). Makna “Ummatan Wasata” ialah umat pertengahan, umat yang adil, umat contoh, umat yang sederhana. Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah inilah yang dimaksudkan dengan Ummatan Wasata dalam ayat di atas, sebab sikap ASWJ sentiasa sederhana dalam segala hal. Kesederhanaan mereka bukan hanya dalam bidang muamalat tetapi juga dalam ibadat, akidah dan juga “wasata” dalam perbezaan pendapat dan menilai golongan lain yang tidak sehaluan dengan mereka.
5. Rujukan utama ASWJ adalah Al-Quran dan Al-Sunnah, sedangkan rujukan tambahannya pula adalah Ijmak dan Qiyas. Empat rujukan ini sudah disepakati oleh ulama ASWJ. Islam juga membenarkan Ijtihad yakni mengambil kesimpulan hukum berdasarkan akal yang sejahtera berdasarkan semangat Al-Quran dan Al-Sunnah. Namun demikian, ijtihad hanya terbatas dalam perkara-perkara yang tidak tercantum dengan jelas ketentuannya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Hakikat ini terserlah dalam pertanyaan Nabi SAW kepada Muaz sebelum beliau dikirim sebagai gubnor untuk memerintah Yaman.
6. Satu hakikat yang perlu diinsafi oleh setiap muslim bahawa Ikhtilaf tidak sama dengan Tafarruq. Islam membenarkan Ikhtilaf tetapi sangat melarang Tafarruq. Al-Ikhtilaf yakni perbezaan pendapat antara sesama muslim adalah dibenarkan dan malahan ia termasuk salah satu Sunnatullah (ketetapan Allah) dan Sunnatullah pula tidak akan berubah-ubah. Firman Allah : Kamu sekali-kali tidak akan mendapati perubahan pada Sunnatullah. (Al-Ahzab/62). Tetapi Tafarruq yakni perpecahan umat sangat dilarang oleh Allah. Firman Allah: Berpeganglah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan jangalah kamu berpecah-belah (bercerai berai). (Ali Imran / 103). Jadi Tafarruq lebih berbahaya daripada ikhtilaf. Semua tafarruq mesti menimbulkan ikhtilaf tetapi jika terjadi ikhtilaf tidak mesti tafarruq sebab bukan semua ikhtilaf itu tercela.
7. Ikhtilaf bukan perkara baru. Ia sudah terjadi sejak zaman Rasulullah SAW. Sebagai contoh, sabdanya : Jangan kamu solat Asar kecuali di perkampungan Bani Quraizah. (HR Bukhari dan Muslim). Dalam perjalanan tersebut, masuk waktu solat Asar. Sebahagian sahabat solat Asar dalam perjalanan dan sebahagian lainnya enggan solat Asar kecuali setelah sampai di perkampungan Bani Quraizah. Perbezaan pendapat mereka berpunca dari cara mereka memahami kehendak hadis tersebut. Puak yang solat dalam perjalanan memahami sabda secara tersirat iaitu seolah-olah sabda Nabi SAW itu menyuruh agar mereka berjalan cepat, sehingga tiba di Bani Quraizah pada waktu Asar. Puak yang enggan solat pula memahaminya secara tersurat yakni hendaklah solat Asar setelah tiba walaupun lewat dari waktunya. Setelah disampaikan perbezaan pendapat mereka kepada Nabi SAW, maka baginda akur dan menerima kedua-dua pandangan tersebut dan tidak mempersalahkan mereka.
8. Para sahabat adalah manusia paling baik setelah Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda : Manusia paling baik adalah mereka yang hidup sekurun denganku, kemudian kurun berikutnya, kemudian kurun sesudahnya. (HR Muslim). Penjelasan : Walaupun para sahabat, tabiim dan tabi’ tabi’in adalah umat Islam terbaik, namun demikian mereka juga berbeza pendapat dalam banyak perkara. Sebagai contoh : Dimana seharusnya jenazah Nabi SAW dikebumikan, siapakah yang lebih layak menjadi khalifah setelah Nabi SAW wafat, wajar atau tidak memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan lain-lain.
9. Menurut Imam Ibnu Al-Qayyim terdapat lebih 100 masalah perbezaan pendapat antara Omar Ibnu Al-Khattab r.a. dengan Abdullah Bin Mas’ud r.a. namun demikian perbezaan tersebut samasekali tidak sedikitpun mengurangi kasih sayang dan saling hormat antara mereka berdua. Abdullah Bin Mas’ud berkata : Omar adalah banteng Islam, manusia masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi, tetapi setelah Omar dibunuh maka pecahlah banteng tersebut. Omar pula pernah berkata ketika Abdullah Bin Mas’ud datang mengunjunginya : Telah datang manusia yang penuh dengan ilmu.
10. Demikian juga antara Abdullah Bin Abbas r.a dengan Zaid Bin Thabit r.a. terdapat beberapa perbezaan pendapat yang berkaitan dengan masalah ijtihadiyah. Namun demikian, itu semua tidak mengurangi sedikitpun hubungan baik antara sesame mereka. Pada suatu hari Ibnu Abbas melihat Zaid menaiki kudanya lalu Ibnu Abbas ambil tali kudanya sambil menuntunnya. Zaid berkata : Janganlah berbuat begitu wahai pakcik Rasulullah ! Ibnu Abbas menjawap : Beginilah kita disuruh berbuat terhadap ulama dan pembesar kita. Zaid berkata : Tolong perlihatkan tanganmu kepadaku ! Begitu Ibnu Abbas mengulurkan tangannya, segera Zaid mengucup tangan Ibnu Abbas sambil berkata : Beginilah kami disuruh berbuat terhadap keluarga Nabi kami. Ketika Zaid wafat Ibnu Abbas berkata : Demikianlah pergi ilmu, dan pada hari ini ditanam ilmu yang sangat banyak. ( Lihat Kanzul ‘Ummal VII/37 ; Hayatus Sahabah III/30)
11. Jika kita akui dan akur bahawa ikhtilaf (perbezaan pandangan) pada manusia adalah sesuatu yang bersifat tabi’i atau fitrah semula jadi manusia kerana manusia dicipta oleh Allah dengan kemampuan pemahaman dan kekuatan akal yang berbeza, maka kita wajip akur bahawa ikhtilaf di zaman Nabi SAW dan dikalangan Khulafaur Rasyidin adalah suatu reality yang tidak boleh diingkari. Malahan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ikhtilaf adalah fitrah agama Islam kerana Islam sentiasa melayani umat manusia sesuai dengan fitrah mereka. Oleh itu, setelah menyedari hakikat ini, maka tertolaklah dakwaan sesetengah golongan yang mengatakan bahawa hukum-hakam yang bersifat cabang mestilah seragam dan tidak boleh berbeza-beza.
12. Atas dasar ini pulalah para Salafus Soleh berkata : Barangsiapa yang tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat dikalangan para Fuqahaa’ (pakar ilmu Fekah) maka dia bukanlah seorang yang faqih (faham agama). Jadi jika kita ikuti dengan cermat perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan para sahabat di atas, maka kita akan mendapat kesimpulan bahawa Islam adalah agama yang terbuka dan sesuai dengan fitrah manusia. Disinilah barangkali yang dimaksudkan oleh Nabi SAW dalam sabdanya : Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat. ( HR Al-Baihaqiy ).
13. Perbezaan pendapat dalam Isam terbagi dua : 1. Perbezaan yang dilarang. 2. Perbezaan yang dibolehan. Perbezaan dalam perkara-perkara ushul atau pokok atau perinsip, seperti Tauhid, Kerasulan, Hari Kiamat, Taqdir, Hanya Islam agama yang haq (benar dan diredai Allah), Kewajipan solat, Kewajipan Zakat dan lain-lain sebagaimana tertera di dalam Rukun Iman dan Rukun Islam. Dalam hal-hal seperti ini Islam melarang keras kita berbeza pendapat. Tetapi dalam memahami maksud rukun-rukun tersebut mereka berbeza pendapat yang tidak sampai mencacatkan ke-Islam-an mereka. Perbezaan jenis kedua inilah yang diperbolehkan oleh Islam.
14. Diantara sebab utama mengapa para sahabat dapat mewujudkan suasana mahabbah (kasih sayang) dan tasaamuh (toleransi dan berlapang dada) dalam urusan agama di zaman itu ialah kerana mereka mempunyai ilmu yang mendalam dan luas dan selalu berbaik sangka terhadap muslim lain. Selain itu mereka betul-betul memahami fitrah agama Islam yang mereka anuti. Rasulullah SAW memuji kurun tsb melalui sabdanya : Manusia paling baik adalah mereka yang hidup sekurun denganku, kemudian kurun berikutnya, kemudian kurun sesudahnya. (HR Muslim). Pengertian tersirat dari hadis sahih ini : Muslim yang tidak menerima perbezaan pendapat dalam hal-hal furu’ maka mereka sebenarnya cetek ilmu dan kurang faham agama, walaupun mereka bergelar ustaz dan tuan guru.
15. Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah redha terhadap tiga perkara : Menyembah Allah dan tidak menyengutukannya dengan apapun juga, berpegang teguh dengan agama Allah dan tidak berpecah belah, dan menasihati para pemimpin yang menjadi pemimpinnya. (HR Muslim). Penjelasan : Di antara syarat agar mendapat redha Allah, selain Tauhid, juga tidak berpecah belah dalam urusan agama dan suka menasihati muslim lain. Oleh itu, sikap suka mengutuk pemimpin atau melebel muslim lain sebagai sesat, apalagi sampai mengkafirkan muslim lain hanya kerana berbeza dalam hal-hal cabang agama adalah di antara ciri-ciri orang tidak mendapat redha Allah. Na’udzu Billah Min Dzaalik.
16. Rasulullah SAW bersabda : Siapa yang mengatakan golongan itu binasa, maka dialah orang lebih binasa. (HR Muslim) – Para Muhaddithin (ulama hadis) mempunyai dua pandangan terhadap maksud bahagian akhir dari hadis sahih ini. Apakah dengan makna : Dialah orang yang paling binasa, atau dengan makna : Dialah yang menyebabkan orang lain itu menjadi binasa. Kedua-dua makna tersebut adalah sahih. Pengajaran : Jangan suka melebelkan seseorang secara sembarangan atau membuta tuli. Sebab besar kemungkinan lebel atau gelaran tidak elok itu membinasakan dirinya sendiri, apakah dia sebenarnya paling binasa atau dialah sebenarnya penyebab orang yang dilebel itu menjadi binasa.
17. Hari ini kita dapati ada ulama atau pendakwah dengan lantang memperlekeh para ilmuan zaman silam yang muktabar seperti Imam Abu Hanifah, Imam malik, Imam Syafii dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal. Ada pula yang berani mengkafirkan para reformis (mujaddidin) yang muktaraf seperti Imam Ibnu Taimiyah, Imam Ibnu Al-Qayyim, Imam Al-Ghazali, Imam Muhammad Bin Abdul Wahhab, Muhammad Abduh, Sayid Qutub, Hassan Al-Banna, Dr Yusuf Al-Qardhawiy, dan lain lain. Mereka adalah orang-orang yang banyak jasanya menyampaikan Islam kepada umat manusia. Tetapi hanya kerana beberapa ijtihad mereka tidak disetujui lalu dengan mudah mereka diperlekeh, padahal yang memperlekeh ini tidak seberapa jasanya dan tidak berapa mendalam ilmunya.
18. Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang berijtihad (mengambil kesimpulan hukum dengan akalnya berdasarkan semangat Al-Quran dan Al-Sunnah) lalu tepat ijtihadnya, maka dia mendapat dua pahala. Dan barangsiapa yang berijtihad lalu salah ijtihadnya, maka dia layak mendapat satu pahala. (HR Bukhari dan Muslim). Penjelasan : Jika ulama zaman silam lakukan ijtihad ketika memberi pendapatnya dan dia memenuhi syarat-syarat untuk berijtihad maka dia layak mendapat pahala, bukan dosa. Jika betul ijtihadnya dia layak dapat dua pahala, tetapi jika tersalah ijtihadnya dia juga layak mendapat psatu pahala. Oleh itu, kita tidak sepatutnya mempersalah mereka secara melulu. Hanya saja, kita sebagai pengikut berhak memilih mana diantara pendapat-pendapat tersebut yang lebih baik, yakni lebih kuat hujah dan dalilnya.
19. Allah SWT berfirman : Sampaikan berita gembira kepada hamba-hamba-Ku yang mendengar perkataan lalu mereka mengikuti mana yang lebih baik. Merekalah orang yang mendapat petunjuk Allah dan merekalah orang-orang berfikiran waras. (Al-Zumar/17 – 18). Penjelasan ayat : Jika kita ingin mendapat hidayah, berita gembira dan digolongakn sebagai orang yang berakal, maka kita mesti memenuhi dua syaratnya : 1. Banyak mendengar dan mengkaji. 2. Ikutilah mana pendapat yang lebih kuat dalil atau hujahnya. Bukan berdasarkan siapa yang berkata.
20. Menghormati kedudukan para ulama tidak bermakna mesti mengikuti pendapat ulama berkenaan. Itu dua perkara yang berbeza. Para ulama tidak maksum sebagaimana Rasulullah SAW. Para ulama juga terdedah dengan kesilapan. Oleh itu, jika dalam beberapa hal kita berbeza pendapat, maka itu bukan tiket untuk kita bermusuhan atau saling tuduh menuduh. Tugas pendakwah dan para ulamak mesti mendedahkan kebenaran berdasarkan Kalam Allah dan Kalam Rasul-Nya sebagaimana yang difahami oleh Salafu Soleh, sebab pemahaman merekalah yang paling hampir dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Ditambah pula mereka pernah mendapat pujian dan sanjungan dari Rasulullah SAW sebagai umat yang yang terbaik.
21. Allah SWT berfirman : Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya ; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar. ( Al-Taubah / 100 ). Pengajaran ayat : Ada tiga golongan yang layak mendapat redha Allah dan memasuki syurga, iaitu : 1. Al-Muhajirin (orang Mekah yang berpindah ke Madinah). 2. Al-Ansor (orang-orang Madinah yang membantu dan membela Rasulullah SAW). 3. Golongan yang mengikuti jejak langkah dan manhaj Muhajirin dan Ansor dengan baik. Al-Muhajirin dan Al-Ansor adalah para sahabat, dan para sahabat pula adalah termasuk Salafus Soleh yang paling utama. Oleh itu, adalah sangat tepat jika kita pada hari ini lebih cenderung untuk memilih manhaj (methodology atau system) yang digunapakai oleh para sahabat dalam mereka memahami kehendak agama.
22. Rasulullah SAW bersabda menjelang wafatnya : Siapa di antara kamu yang panjang usia, nescaya dia akan melihat “ikhtilafan kathira” yakni perbezaan pandangan yang banyak, oleh itu berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku dan sunnah kalifah-khalifah al-Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku, dan gigitlah sunnah itu dengan gerahammu. (HR Abu Daud dan Tarmidzi – Hadis Sahih). Pengajaran hadis : Setelah menggambarkan keadaan yang akan berlaku yakni banyak berlaku perbalahan, Nabi SAW tidak lupa berpesan agar umatnya tidak kebingungan menghadapinya. Nabi SAW menyuruh agar kita berpegang teguh dengan Sunnahnya dan Sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahnya. Khulafaur Rasyidin adalah para sahabat dan termasuk golongan Salafus Soleh.
23. Oleh itu, jika ada golongan yang cuba mengajak umat kepada perinsip dan manhaj Salafus Soleh, jangan sekali-kali diperlekeh atau dilebel dengan lebel-lebel yang bukan-bukan. Dakwah mereka ada asasnya dan hujjah yang kokoh dari Al-Quran dan Al-Sunnah. Apalagi empat Khalifah Al-Rasyidin itu adalah empat orang pertama termaktub dalam senarai sepuluh sahabat yangt dijamin masuk syurga. Namun demikian, jika dakwah ke arah itu ternyata tidak diterima oleh umat Islam, maka para pendakwah jangan kecewa dan jangan putus asa. Itu sudah menjadi Sunnah Allah. Allah SWT telah menghibur Nabi Muhammad SAW dengan firman-Nya : Dan katakanlah : Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin beriman maka hendaklah dia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah dia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. ( Al-Kahfi / 29 ).
Wassalam, Dr Nik
..........................
[ DNI ]
Terima kasih Yang Berbahagia Ustaz.
Ini satu jawapan yang comprehensive, tepat sekali. Moga perbincangan kita ini dapat memberi kebaikan bersama kepada kita berdua dan rakan2 pembaca am nya. Saya kira saya amat beruntung sekali diberkati Allah dengan rakan yang bukan saja berilmu seperti Ustaz tetapi juga berani dan tidak 'perit' dan tidak kenal penat lelah didalam menyebarkan ilmu ustaz itu.....walaupun terpaksa melalui 'ranjau', onak dan duri sepanjang jalan!
Saya agak Ustaz setuju dengan saya jika pada conclusion kita akhiri dengan intisari bahawa "dalam berugama,We have to look beyond labels, kita harus mempunyai hati dan pandangan yang terbuka dan sentiasa memperlengkapkan agama dan aqidah kita dengan ilmu, ilmu , ilmu dan ilmu".Tanpa ilmu,kemungkinan sesat. Tanpa ilmu penawar dan madu di rasakan racun.
..........................
[ UDAY ]
Sungguh tepat kesimpulan yang Dr Nik buat bahawa ilmu sangat mustahak dan sangat tinggi kedudukannya. Islam sangat mementingkan ilmu melebihi segalanya. Untuk berjaya di dunia hendaklah dengan ilmu, untuk berjaya di akhirat hendaklah dengan ilmu, untuk mencapai kejayaan kedua-duanya (dunia akhirat) juga mesti dengan ilmu. Demikian ringkasan hadis Nabi SAW. Ayat pertama yang diturunkan (IQRA') - bacalah ! membri isyarat betapa Islam menyuruh umat Islam agar gemar membaca.
1. Kitab yang mesti kita dibaca ada dua jenis. Pertama : Kitab Munazzal (kitab yang diturunkan) yakni Al-Quran. Kedua : Kitab Makhluk (kitab yang Allah cipta) yakni alam ini. Jadi kita tidak cukup hanya baca kitab Al-Quran tetapi pada masa yang sama juga mesti baca dan selidiki rahasia ciptaan Allah. Penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh para angkasawan, para dokter dalam bidang masing-masing seperti kerjaya yang Dr Nik ceburi dan lain-lain. Ini yang dimaksudkan dengan Kitab Makhluk. Tetapi menurut para Mufassirin (Pakar Ilmu Tafsir) membaca Kitab Makhluk mestilah sentiasa perpandukan Kitab Munazzal, sebab Allah Yang Maha Pencipta adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Oleh itu jika suatu kajian kelihatannya bercanggah dengan Al-Quran, maka kita mesti pertikaikan hasil kajian, bukan mempertikaikan kandungan Al-Quran, sebab kandungan Al-Quran benar belaka. Untuk itu, syabas Dr Nik yang telah mengkaji kedua-dua kitab tersebut. Usaha baik ini perlu diteruskan dan share dengan rakan-rakan yang lain. Dalam sejarah sungguh banyak contoh ilmuan Islam yang berjaya membuat kajian dalam banyak bidang sehingga menjadi rujukan dunia Barat seperti Ibnu Sina. Mereka berjaya kerana membaca kedua-dua Kitab di atas. Malahan terdapat dari mereka yang pakar dalam beberapa bidang. Subhaanallah.
2. Para Salafus Soleh berkata : "Ilmu hendaklah didahulukan daripada percakapan dan amalan". Itu sebabnya jika mula bercakap tetapi tanpa ilmu, bukan yang bercakap saja yang sesat, malahan dia berpotensi menyesatkan orang lain. Kebanyakan Umat Islam Nusantara mendahulukan amalan daripada ilmu, apa saja yang mereka warisi dari nenek moyang kononnya itulah Islam. Sehingga jika dibawa fakta dari Al-Quran dan Al-Sunnah mereka cepat melenting. Padahal Salafus Soleh juga berkata : "Ilmu adalah imam bagi amalan dan amalan pula mestilah mengikutinya saja". Jadi bukan sebaliknya, akhirnya ilmu yang menjadi makmum dan amalan pula menjadi imam. Gara-gara sikap terbalik inilah, akhirnya segala-galanya menjadi tonggang-langgang. Ibnu Rajab r.h. berkata : " Jika orang jahil mula berani bercakap, maka ketika itu bermulalah perpecahan". Salafus Soleh berkata lagi : "Ilmu yang sebenarnya ialah apa yang Allah firmankan dan apa yang Rasulullah SAW sabdakan". Imam Ahmad pula berkata : "Manusia berhajat kepada makan dan minum cukup dua atau tiga kali dalam sehari, tetapi manusia berhajat kepada ilmu adalah sebanyak turun naiknya nafas".
Sekian dulu Dr Nik Ishak, ustaz ucapkan banyak terima kasih kerana memberi peluang tulisan ustaz dibaca dan dimanfaatkan oleh rakan-rakan yang lain. Walaupun ilmu ustaz tidak seberapa tetapi kita wajib menyampaikan apa yang kita sudah tahu. Wassalam
................
[ dni ]
TQ Ustaz.
Ungkapan ustaz mengenai hubung kait yang rapat diantara ilmu duniawi dengan ilmu akhirat ini akan saya panjangkan diskusi nya dengan Prof Wan Muhammad yang dulunya dari ISTAC dan sekarang prof di UKM, pada masa akan datang. Beliau arif dan 'gedebe' didalam ' Islamization of knowledge', satu perspective ilmu yang dipelupori olih mentor beliau, Prof Sayyid Naguib al Attas. Konsep 'Islamization of knowledge' ini ramai yang keliru dan perlu di kupas dengan lebih lanjut lagi....
Mengambil kaedah dari pengalaman Imam al Ghazali rahimullah, hujjatul Islam, kita harus bergerak dari daerah fekah kepada daerah 'intellectual tauhid' dan dari daerah intellectual tauhid, terus berhijrah kepada 'experiential tauhid'. Insyaallh dengan ini baru kita dapat menghayati 'manis nya madu' dan 'Islam dapat menjadi 'penawar yang mujarab kepada segala keresahan, onak dan duri' hidup di dunia ini . Insyaallah!
Assala mualaikum.
No comments:
Post a Comment