Friday, December 3, 2010

Personal Journey Thru The Qur'an:..Surah Al Isra' , 17 : 23-25

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (25)"
Surah Al Isra' , 17 : 23-25
Terjemahan Al Qur'an



Yang Berbahagia Ustaz Dr Abdullah Yasin,

Assalamualaikum......

Saya tertidur tadi agak dalam pukul 2 pagi selepas membaca terjemahan ayat dari Surah Al Isra' , 17 : 23- 25, seperti tertera diatas . Beberpa permasalahan bermain dikepala apabila saya mengimbau kembali masa lampau saya dengan ibu saya dan sedikit ilmu yang dapat saya belajar dan kenangan manis di Masjidil Haram 'way back in 1984' semasa bertugas sebagai doktor pakar kepada 25,000 jemaah haji kita disana dibawah anjuran Lembaga Tabung Haji.

Ayat diatas memang sunggoh ungul menarik kita semua kepada keperhataian yang harus kita beri didalam hubungan kita dengan kedua dua orang tua kita , yang masih hidup dan lebih lebih lagi sebagai extension , yang sudah pergi menemui Allah azawajalla.

Dari 1984,Saya sentiasa mendoakan kedua dua ibubapa saya , didalam solat saya sewaktu sujud,yang telah pergi, dengan satu doa yang agak ringkas sekali yang di perturunkan kepada saya olih saorang guru yang mengajar didalam Masjidil Haram, Tuan Guru Haji.....al-Mendili. Mungkin Ustaz kenal dia. Tahun itu ialah 1984.Simple sangat bacaan nya:'Rabbir firli waliwa lidayya' wal mukmini wak mukminat". Selepas bacaan biasa waktu sujud dalam solat. Ini tidak menjadi mushkil bagi saya. Ustaz al-Mendili orang ulama' dan saya akur dan terima ilmu beliau. Walaupun demikian ,kalau boleh saya mahu Ustaz huraikan halal/haram/makruh ilmu ini yang saya sentiasa ambil pakai sejak 1984, betul salah bacaannya dan lain lain.

Yang menjadi kemuskhilan saya adalah soal sedekah dan ini bersangkut paut dengan ayat diatas kerana kita boleh faham ertikata berbuat baik dan penuh dengan kesopanan diantara kita dengan kedua ibu bapa kita semasa mereka hidup. Kita juga ariff dengan anjuran agar sentiasa mendoakan mereka diberkati Allah dialam barzark mereka. Permasalahan sedekah bagi pihak mereka yang saya 'kurang ariff dari segi kesampaian perbuatan kita itu sebagai satu perkara yang baik, dan sebagai extension,adakah perbuatan anak cucu pun ,jika berniat sebagai sedekah kepada ninda dialam barzark, adakah sampai?

Bonda saya semasa hidup bukanlah saorang yang bersekolah atau pun dalam istilah kita 'mengaji', jauh sekali 'berilmu' walaupun dia dengan cara beliau boleh dianggap warak, dan tidak pula dia saorang yang mempunyai harta tetapi sentiasa beliau mengingati orang tua beliau didalam kehidupan beliau dari hari kehari dengan bersedekah kepada si anu dan si anu dengan niat agar sedekah beliau itu memberi keluangan dan berkat kepada orang tua beliau yang sudah pergi.'In fact' apabila saya ke Mekkah pada 1984 ada beliau berpesan kepada saya untuk saya bersedekah kepada fakir miskin di Mekkah dengan niat untuk 'untuk orang tua ' beliau....Saya masih ingat perkataan kesat dan kurang 'sopan'saya pada masa itu..."Cik, pada hemat saya, tidak akan sampai sedekah saya ini kepada mereka"...apa kata Ustaz??

Permasaalahan ini yang bermain didalam kepala saya yang membuat saya terbangun dan terus menghubungi Ustaz.......Moga kita dapat kebaikan bersama dengan huraian dari Ustaz.

Wassalam.

Dr Nik


.....................................

staz Abdullah Yasin
To Nik Isahak Abdullah
Assalamualaikum,

Pertama ust ingin ucapkan terima kasih atas komen positif Dr Nik terhadap pengajaran Aqidah yang ustaz cuba dedahkan kepada masyarakat. Komen Dr terbut pernah ustaz baca dalam emel beberapa bulan yang lalu. Kedua ustaz ingin ucapkan syabas kepada Dr yang banyak menulis tentang Islam walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pakar perobatan. Baru-baru ini jemaah ustaz di KGPA Datin Rahana ( Isteri Dt Abdul Rahim ) banyak memuji pandangan dan tulisan Dr Nik, dan beliau agak terkejut ketika ustaz maklumkan kepadanya bahawa ustaz juga kenal baik dengan Dr Nik. Cuma sangat disayangkan ustaz tidak dapat mengikutnyai dengan sempurna sebab tulisan Dr Nik umumnya dalam English.

Adapun komen ustaz terhadap perkara yang Dr musykilkan, ialah :

1. Allah SWT sentiada mengiringi perintah " berbuat ihsan kepada ibu bapa " dalam Al-Quran setelah " perintah beribadat kepada-Nya ". Menurut kaedah Ilmu Tafsir dan Bahasa Arab : Jika suatu perintah mengiringi perintah penting maka perintah yang mengiringinya juga adalah penting. Itulah sebabnya perintah " zakat " sentiasa mengiringi perintah " solat ". Senada dengan kaedah inilah maka Rasul SAW bersabda ( Redha Allah kepadamu terletak pada redha ibu bapamu kepadamu, dan murka Allah kepadamu terletak pada murka mereka kepadamu ).

2. Seorang sahabat bertanya : Ya Rasulallah, ibu bapa saya telah wafat, apakah saya masih berpeluang utk berbakti kepada mereka ? Jawap baginda SAW : ( Masih boleh ! antaranya kamu berdoa utk mereka, solatkan jenazahnya, hubungkan silaturrahim dengan kawan-kawan baik mereka semasa hidup). Hadis lain : ( Jika mati anak cucu Adam semua terputus kecuali tiga : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya ).

3. Syeikh Nasiruddin Al-Baniy ketika mengulas makna " Waladin Solehin Yad'uu Lahu " : ( Anak Soleh yang mendoakannya ) berkata : Perkataan " Walad " dalam bahasa Arab mencakupi anak lelaki dan anak wanita. Ustaz kira sama penggunaanya dalam English dengan makna child ( Jamaknya : Awlaad = Children ), Nabi SAW tidak gunakan perkataan " Ibnon " (son) juga tidak " binton " (daughter). Selain itu ungkapan " walad " juga tidak terbatas hanya kepada anak saja (satu generasi dibawah) tetapi termasuk juga cucu cicit dan kebawah lagi.

4. Memang terdapat ayat : " Insan tidak mendapat apa-apa melainkan apa yang diushakannya " ( Al-Najm : 39 ) tetapi Rasulullah SAW bersabda : " Inna Waladahu Min Sa'yihi " : ( Sesungguhnya anaknya adalah usahanya ). Jadi hadis ini mengecualikan ayat di atas. Maksudnya : Memang pada asalnya setiap orang hanya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT hasil usahanya sendiri, tetapi Nabi kecualikan usaha anak-anak juga akan sampai kepada ibu bapanya. Tetapi terbatas kepada amal soleh anak saja, bukan amal jahat anak sebab Nabi SAW sifati dalam hadis di atas " Waladin " dengan sifat " Solehin " iaitu amalan yang soleh sahaja. Malahan bukan saja amal soleh anak tetapi juga amalan soleh cucu cicit seteruskan kebawah.

5. Seorang gadis bertanya kepada Rasulullah SAW : Ya Rasulallah, ketika ibu sakaratul maut beliau sudah tidak dapat bercakap. Saya yakin jika boleh bercakap nescaya beliau akan berpesan agar saya bersedekah bagi pihak beliau. Kalau sekarang setelah wafatnya saya selaku anak bersedekah baginya, sampai atau tidak ganjaran pahala sedekah itu ?. Jawab Nabi SAW : Bersedekahlah anak, nescaya ibumu dapat ganjarannya dan engkau juga akan dapat pahalanya. Jadi komen Dr Nik terhadap ibu bahawa sedekah orang hidup tidak sampai kepada orang yang sudah mati adalah kurang tepat. Hanya saja jaminan itu hanya terbatas jika amal soleh itu dilakukan oleh anaknya atau cucu cicitnya. Adapun sedekah atau amal soleh yang dilakukann oleh orang lain (bukan anak cucu), itu yang selalu menjadi perbalahan dalam masyarakat kita. Dalam hal ini ustaz tidak berani kata : Amalan mereka pasti tidak sampai kepada si mati. Sebab menerima atau menolak suatu amalan adalah otoriti Allah. Mungkin ustaz akan gunakan ungkapan : Sampainya tidak pasti ! Sebab amal sendiri saja tidak pasti Allah terima, apalagi amalan / usaha orang lain.

6. Dr Yusuf Al-Qaradhawiy berkata : Umur manusia ada dua, pertama : sejak lahir hingga mati ; kedua : sejak mati hingga bangkit dari kubur. Maksudnya : Selain amal soleh layak diterima pahalanya di dunia, juga kesan amal soleh juga masih diterima orang mati dalam alam barzakhnya. Kesimpulan ini berdasarkan firman Allah ayat 12 Surah Yasin ( Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan yang mati dan Kami tulis apa yang mereka lakukan dan (juga kami tulis) kesan-kesan perbuatan mereka ). Contoh : umur pertama Imam Syafii hanya 54 tahun ( 150H - 204H) tetapi beliau sudah berada pada umur keduanya 12 abad. Beliau tetap layak mendapat ganjaran pahala setiap kitab karyanya kita baca pada hari ini. Itu sebabnya syabas kepada orang yang gemar menyibar / menulis perkara perkara yang baik. Mudah2an kita termasuk ke dalam golongan tersebut.

7. Amalan ibu Dr Nik sangat mulia dan sangat bagus. Allah SWT menyebut dalam Al-Quran itu salah satu sifat orang-orang yang bertakwa berdasarkan firman ayat 133 - 134 Surah Ali Imran : (Syurga) disediakan untuk orang-orang yang bertakwa (133) iaitu orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan ketika susah ......... ). Dalam hal ini izinkan ustaz betulkan sedikit bunyi doa yang diajar oleh Syeikh Muhammad Abdul Qadir Mandily : ( Rabbighfirlii Wa Liwaalidayya Wa Lil Mukminin wal Mukminat ) - Oh Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua orang tuaku, dan juga (dosa) sekalian orang beriman lelaki dan wanita. Sudah pasti doa itu sangat bagus. Hanya saja mungkin kerana Syeikh hanya maklumkan secara lisan dan tidak ditulis lalu Dr Nik terbaca " ............. Waliwa lidayya' ........ " (sebagaimana tertulis dalam emeil) ; sebab maknanya sangat bahaya " Oh Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapa-Mu ................ ), yang betul " Wa Liwaadiyya " ........ dan dosa kedua ibu bapaku - tanpa tanda (') .

Ini dulu yang ustaz boleh jelaskan, mohon maaf tidak sempat mencari rujukan hadis. Juga mohon maaf jika terdapat sedikit pembetulan yang dirasa sangat mustahak.

Wassalam

Ustaz Abdullah Yasin


....................................


Yang berbahagia Ustaz,

Terima kasih Ustaz diatas penjelasan yang tepat sekali.
Moga Allah memberkati Ustaz didalam perjuagan Ustaz membawa perubahan didalam pemikiran insan di Malaysia...memberi pembaharuan didalam berdaawah secara ilmiah dan berlandaskan hujjah 2 yang senang difahami dan mengikut sunnah dan Qur'an.

Usaha saya yang tidak berilmu yang formal didalam ugama hanyalah sekadar memenuhi vacuum yang sedia ada didalam 'cyberspace'.
Kadang kadang segan saya mendengar kembali ' dengongan tin kosong' kerana kurang ilmu didada,....hanya saya rasa terpanggil kerana kerja harian saya mendepangi saya kepada manusia2 dan rakan2 yang pada tanggapan saya, lebih serious sakit mereka dari segi 'soul mereka' walaupun kedatangan mereka menjumpai saya kerana masaalah 'physical'. Jadi 'tin kosong' ini terpaksa mengambil peranan daawah walaupun ilmu hanya sekerat dua.

Saya harap Ustaz tidak keberatan kita bertemu secara 'cyber'.
Wasalam

Dr Nik



....................................


assalamualaikum

Al-Hamdulillah Dr Nik telah jalankan tugas dg baik. Masalah ilmu sangat nisbi atau relatif. Dakwah Dr sudah OK sebab sentiasa merujuk kpd hujah yg kuat. Yg mustahak Dr telah tunaikan kehendak sabda Nabi SAW : Ballighuu 'annii walau aayah ( sampaikan apa yg kamu tahu daripadaku walau satu atat ). Saya yakin itu lebih baik daripada mereka yang mndkwa banyak ilmu di dada tapi takut menyampaikan al-Haq.

Ustaz sentiasa bersedia berkomunikasi asalkan dlm bhs yg ustaz lebih selesa.

Wassalam
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: